CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 6, 2012

human. fact.


sedangkan binaan simen tegap boleh condong,
inikan pula pegangan hidup manusia.
sedangkan lelaki sasa boleh mengalirkan airmata,
inikan pula wanita selembut sutera.
sedangkan si kacak boleh cintakan si buta,
inikan pula mereka dua yang sempurna.
sedangkan si muda boleh bermatian untuk si tua,
inikan pula insan yang sama.
sedangkan titisan air boleh menghakis bata,
inikan pula kerasnya hati mereka dua.

bila lihat tasik. tenang.
padahal buaya bertaring menanti di dalam.
bila lihat buku. tebal.
padahal hanya lampiran kosong di dalam.
bila lihat wajah. biasa.
padahal hati berperang perasaan di dalam.
bila lihat tingkah. selamba.
padahal jiwa tercarik carik pedih di dalam.

saat berdetik.
masa berjalan.

aku rindu dia.
dia yang dulu.
dia yang kosong.

aku rindu aku.
aku yang dulu.
aku yang kosong.






*random thought* ;D

1 ngomel-ngomelan!:

Zaty Athany

Ini sangat indah. Indah yang mendalam. Teruskan awak. :)

Post a Comment