CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 31, 2014

thank you 2014 :)

now, 2357..

3 minit je lagi nak officially nya masuk new year 2015.
woahhhh! 2015 dahhh?? okey dah lama gila tak nyelak nyelak blog ni.
bukan la apa, tahun ni busy writing thesis. gituuu. bunyik macam berilmiah sangat kan aktiviti tersebut. puiiii!

macam biasa, iols bukan la jenis yg ber resolution bagai bila new year ni.
bukan la nak kata takda azam ke apa. tapi bagi aku, semua orang pun ada target dalam hidup. so setiap tahun buat la apa pun asalkan makin dekat dgn target tu. senang cakap, buat yg terbaik utk semua pun yg kau buat. itu nama nya kepuasan sendiri. hih

2014, banyak jugak la benda jadi. okey list adalah random:

1. paling heksaited! dapat anak buah! yeayyyy! ni bukan anak buah sedara punya. ni memang anak buah sendiri punya. eksaited dia memang takyah cakap la. rasa nak ngadap doplohpat jam! hih

kehadiran nona dalam hidup musa territory adalah agak mendebarkan dan buat aku tak senang duduk. bukan la aku je, semua orang kot! sebab time nona dok sebok nak keluar tu kitorang kat sabah! haaa tau pun. jauh ok! kalo kat perak ke, johor ke, melaka ke, boleh la jugak nak drift kete laju laju sampai ke umah. ni dah kat sabah nak drift hapenyaaa?? tangan yang dok drift type message tanya angah cane semua. redho ajelah jawabnyaaa. angah sakit dari pagi. nona keluar petang. hoishhh. dapat msg kata angah dah bersalin tu rasa macam pat pat orang (ayah, mak, along, aku) legaaaaa!

sampai rumah dah nak dekat tengah malam tak sompek nk g mencemar duli melawat nona kat spital. bersabar je la memasing tunggu esok pagi baru dapat tengok nona. tak saba!! time tu sebelum tido brapa kali dok asek bukak fon tengok gamba nona yg amed hantar je. hik! obsessss!! agaggagga

*pertemuan pertama!!! gituuu. hihi. hello fiona! aka dayana! aka nona! aka noni!* 

*Atok dengan cucu pertama! hikhuk!* 

*kawan first nona. abang long kawasan aka cinchannnn!! :)*

 *nona yang kini! tadaaaaa! 10 bulan dah dia tuuuu. dahr reti berdiri sendiri nak jalan beberapa tapak tapi pemalas! makin ngengada tapi suka jugak gomol gomol sampai dia rimas! heee*



2.  I is dah konvo!! double yeayyyy!! heee. finally. alhamdulillah. officially anta thesis on july. viva end of august. middle september hantar correction untuk senat approval n last skali on the early of october senat approve for master certification! alhamdulillah sangat semua lancar and takde delay. nak tunggu viva pun tak lama sangat. tu paling penting!

Viva ialah benda yang paling meneveskan. paling menambahkan neves sebab aku tak tau sapa examiner aku! dengggg! bukan sebab prof tak nak btau, tapi sebab prof lupa. ohmaiiiii! perasaan nya ialah redho habes duduk dlm bilik viva tu tunggu muka lecturer mana yang masuk. sebelum viva sempat berak. lega sketttt. muahhahahaha!

ok. viva aritu stat dalam 9.15 and abes selesai dapat keputusan semua dalam 11.20. dekat 2 jam jugak la kena tabah kan diri dalam bilik tu. hih. prasaan bila examiner selak kau punya thesis sehelai demi sehelai adalah sangat menyiksakan! haha. rasa lambattttttttttt sangat sampai ke mukasurat last tu. macam tengok proses dorang selak thesis tu, rasa nak tolong je, kasi cepat. haha!

 *detik detik nak terkincit tunggu nak kena tanya. haha! ni prof amekkan gamba. sempattttt. hihi*

tapi okey la. alhamdulillah jugak. takda soalan yang taktau nak jawab. semua yakin je jawab padahal taktau betul salah. kakkaka. ehhh ok la kan! yakin penting. muehehehhe :P

1 November convo dayyyy!! kali kedua naik pentas amek ijazah. opkos la hepiiiiii. tapi kalo dulu degree ramai gila kawan convo dgn kita skali. kali ni convo sesorang. okey jeee. sebab family ada!! :D ok now master checked! what's next then? ini dilemma paling perlukan pencerahan. sama ada nak ikut impian hidup n follow my heart atau pun ikot cakap orang keliling. pening!

*yeayyyy!! aribbaaaa!*


3. buat benda yang tak pepenah buat sebelum ni and tak pernah terpikir akan buat dalam masa sekarang! ya! life is unpredictable. brrrrr~


4. tempat yang pegi bercuti tuk tahun ni tak banyak sangat. tapi best dia ialah best gila.

bulan 2 pegi sabah. mabul and tawau. mabulllllll!!! haa histeria jap. haha. cantikkkkk. scenery dia cantik sangat! sebab laut. haha. pastu duduk pun atas laut. terjun dari bilik terus laut. so kesimpulannya jadi orang laut sangat kat sana! pegi tawau dok bermaustatin kat spital. borak borak jumpa kawan lama. lama la sgt! chait

*mabul! cantik kannnn!!!*

*sunset*

bulan 4 pegi sabah lagi. tapi kalini pegi kota kinabalu dengan kundasang. ni pegi dengan kengkawan pepishang. KK best, tapi kundasang lagiiiiiiiiiiii best. sebab ada lembu! haha. susu coklat lembu dgn puding coklat dengan eskrem pisang sedap! nak lagiiii. tapi jauh nau!

*pepishang bersama lembu lembuan*

bulan 8 pegi kedah. paling bets sebab gerak malam. cool! hehe. sampai kedah kul 3 pagi kot and esok nya g kenduri kawen ain. habes je direct masuk penang and tido situ semalam.

*jenjalan penang*

bulan 10 pegi singapore. haaa ni agak menarik sebab pegi sendiri naik train sampai ke woodland, pastu naik mrt ke hotel along. tourist sgt! pegi ni dengan aisyah. aisyah tak pernah sampai singapore. so jadi tourist bawak dia jalan jalan singapore. main terjah je semua. tengok map mrt, taktau tanya orang. tourist berjaya sangat!

*tourist guide yg berjaya!*

bulan 12 pegi perak sendiri jugak dengan rayyan. pegi wedding mokky kat manjung. ni pun naik bas dr KL ke manjung. pastu balik esoknya lepas abes kenduri.

*mokky kawennnn!! gamba dengan pengantin takde. haha :p*

bila tulis ceni macam baru nampak lak banyak yg jalan sendiri jugak. padahal 3 je pun. haha. eh ok la 3 out of 5 kannnn. ehhhh I is dah besauuuu! weewuuu! :P



okey dapat pikir tu je. nak post ni dah dekat 0230. lama gila! haha
tadi pukul 12 eksaited lari naik atas nk tengok bunga api. aku pun x tau la sampai bila aku nk eksaited tengok benda tu. hakhak.
tadi jugak tengok kat tv pasal one direction pastu eksaited dok sengeh depan tv. ooo yes. aku suka one direction and i dun careeeee!! kutuk laaa kutuk laaaa. puii!

eh ok bye la.
happy new year peeps!
taknak cakap ayat '2015, be good to me' sebab tadi kat twitter mohon clash kata kat orang orang yang buat wish camni ---> '2015 okey je, tapi kau yang bangang'
haaa kan kena skali. so sila jangan kasi wish camtu! sila terasa
haha ok tatassss!