CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 16, 2015

Jawapan?

" aja bila nak kawen? nanti dah ada dr. orang lagi takut"

tak tau nak kira dah brapa orang yang tanya and kasi statement cenggini.
ohhh kemon laki. takda benda yang nak ditakutkan pun.
pompuan still pompuan. takda benda beza.

Wednesday, April 15, 2015

nothing much :)

Random thing at random time.

I am currently in the lab, wearing face mask. Amagad! I am such a nerdy chemist. But trust me. This attitude wont last long. Rimas ok pakai benda ni! Last week meeting Dr. Hamid remind us about our safety and health. Do not stay in the lab when you have no work to do. Stay away from all the chemicals. But howwww? We deal with chemicals. If we dont stay in the lab, means we do not do any lab works. And of course, no progress! Kenot! We have to. But I love staying here. So since i insist to stay in the lab even i dont have so much work to do (yet), so I wear face mask as a precaution step. hih :)

I am so happy today coz I've already received my active! yeayyy! In my case, my active for sure is my drugs. I have been requesting and waiting for my active since last december. And only today, after like 4 months, finally its in my hand! agaggaga~ super happy! its my preciousssss. without my active, nothing i can do with my project. So once i received my drug this morning, I put it aside on the seat. I've been talking to it like talking to my long lost friend. Asking my drug to be good, asking it to be kind to me. Do not cause me any trouble in my research. haishhh. nervous! In sha Allah..

this is too random kan?
haha. yeah. till next time~ :)

Wednesday, December 31, 2014

thank you 2014 :)

now, 2357..

3 minit je lagi nak officially nya masuk new year 2015.
woahhhh! 2015 dahhh?? okey dah lama gila tak nyelak nyelak blog ni.
bukan la apa, tahun ni busy writing thesis. gituuu. bunyik macam berilmiah sangat kan aktiviti tersebut. puiiii!

macam biasa, iols bukan la jenis yg ber resolution bagai bila new year ni.
bukan la nak kata takda azam ke apa. tapi bagi aku, semua orang pun ada target dalam hidup. so setiap tahun buat la apa pun asalkan makin dekat dgn target tu. senang cakap, buat yg terbaik utk semua pun yg kau buat. itu nama nya kepuasan sendiri. hih

2014, banyak jugak la benda jadi. okey list adalah random:

1. paling heksaited! dapat anak buah! yeayyyy! ni bukan anak buah sedara punya. ni memang anak buah sendiri punya. eksaited dia memang takyah cakap la. rasa nak ngadap doplohpat jam! hih

kehadiran nona dalam hidup musa territory adalah agak mendebarkan dan buat aku tak senang duduk. bukan la aku je, semua orang kot! sebab time nona dok sebok nak keluar tu kitorang kat sabah! haaa tau pun. jauh ok! kalo kat perak ke, johor ke, melaka ke, boleh la jugak nak drift kete laju laju sampai ke umah. ni dah kat sabah nak drift hapenyaaa?? tangan yang dok drift type message tanya angah cane semua. redho ajelah jawabnyaaa. angah sakit dari pagi. nona keluar petang. hoishhh. dapat msg kata angah dah bersalin tu rasa macam pat pat orang (ayah, mak, along, aku) legaaaaa!

sampai rumah dah nak dekat tengah malam tak sompek nk g mencemar duli melawat nona kat spital. bersabar je la memasing tunggu esok pagi baru dapat tengok nona. tak saba!! time tu sebelum tido brapa kali dok asek bukak fon tengok gamba nona yg amed hantar je. hik! obsessss!! agaggagga

*pertemuan pertama!!! gituuu. hihi. hello fiona! aka dayana! aka nona! aka noni!* 

*Atok dengan cucu pertama! hikhuk!* 

*kawan first nona. abang long kawasan aka cinchannnn!! :)*

 *nona yang kini! tadaaaaa! 10 bulan dah dia tuuuu. dahr reti berdiri sendiri nak jalan beberapa tapak tapi pemalas! makin ngengada tapi suka jugak gomol gomol sampai dia rimas! heee*



2.  I is dah konvo!! double yeayyyy!! heee. finally. alhamdulillah. officially anta thesis on july. viva end of august. middle september hantar correction untuk senat approval n last skali on the early of october senat approve for master certification! alhamdulillah sangat semua lancar and takde delay. nak tunggu viva pun tak lama sangat. tu paling penting!

Viva ialah benda yang paling meneveskan. paling menambahkan neves sebab aku tak tau sapa examiner aku! dengggg! bukan sebab prof tak nak btau, tapi sebab prof lupa. ohmaiiiii! perasaan nya ialah redho habes duduk dlm bilik viva tu tunggu muka lecturer mana yang masuk. sebelum viva sempat berak. lega sketttt. muahhahahaha!

ok. viva aritu stat dalam 9.15 and abes selesai dapat keputusan semua dalam 11.20. dekat 2 jam jugak la kena tabah kan diri dalam bilik tu. hih. prasaan bila examiner selak kau punya thesis sehelai demi sehelai adalah sangat menyiksakan! haha. rasa lambattttttttttt sangat sampai ke mukasurat last tu. macam tengok proses dorang selak thesis tu, rasa nak tolong je, kasi cepat. haha!

 *detik detik nak terkincit tunggu nak kena tanya. haha! ni prof amekkan gamba. sempattttt. hihi*

tapi okey la. alhamdulillah jugak. takda soalan yang taktau nak jawab. semua yakin je jawab padahal taktau betul salah. kakkaka. ehhh ok la kan! yakin penting. muehehehhe :P

1 November convo dayyyy!! kali kedua naik pentas amek ijazah. opkos la hepiiiiii. tapi kalo dulu degree ramai gila kawan convo dgn kita skali. kali ni convo sesorang. okey jeee. sebab family ada!! :D ok now master checked! what's next then? ini dilemma paling perlukan pencerahan. sama ada nak ikut impian hidup n follow my heart atau pun ikot cakap orang keliling. pening!

*yeayyyy!! aribbaaaa!*


3. buat benda yang tak pepenah buat sebelum ni and tak pernah terpikir akan buat dalam masa sekarang! ya! life is unpredictable. brrrrr~


4. tempat yang pegi bercuti tuk tahun ni tak banyak sangat. tapi best dia ialah best gila.

bulan 2 pegi sabah. mabul and tawau. mabulllllll!!! haa histeria jap. haha. cantikkkkk. scenery dia cantik sangat! sebab laut. haha. pastu duduk pun atas laut. terjun dari bilik terus laut. so kesimpulannya jadi orang laut sangat kat sana! pegi tawau dok bermaustatin kat spital. borak borak jumpa kawan lama. lama la sgt! chait

*mabul! cantik kannnn!!!*

*sunset*

bulan 4 pegi sabah lagi. tapi kalini pegi kota kinabalu dengan kundasang. ni pegi dengan kengkawan pepishang. KK best, tapi kundasang lagiiiiiiiiiiii best. sebab ada lembu! haha. susu coklat lembu dgn puding coklat dengan eskrem pisang sedap! nak lagiiii. tapi jauh nau!

*pepishang bersama lembu lembuan*

bulan 8 pegi kedah. paling bets sebab gerak malam. cool! hehe. sampai kedah kul 3 pagi kot and esok nya g kenduri kawen ain. habes je direct masuk penang and tido situ semalam.

*jenjalan penang*

bulan 10 pegi singapore. haaa ni agak menarik sebab pegi sendiri naik train sampai ke woodland, pastu naik mrt ke hotel along. tourist sgt! pegi ni dengan aisyah. aisyah tak pernah sampai singapore. so jadi tourist bawak dia jalan jalan singapore. main terjah je semua. tengok map mrt, taktau tanya orang. tourist berjaya sangat!

*tourist guide yg berjaya!*

bulan 12 pegi perak sendiri jugak dengan rayyan. pegi wedding mokky kat manjung. ni pun naik bas dr KL ke manjung. pastu balik esoknya lepas abes kenduri.

*mokky kawennnn!! gamba dengan pengantin takde. haha :p*

bila tulis ceni macam baru nampak lak banyak yg jalan sendiri jugak. padahal 3 je pun. haha. eh ok la 3 out of 5 kannnn. ehhhh I is dah besauuuu! weewuuu! :P



okey dapat pikir tu je. nak post ni dah dekat 0230. lama gila! haha
tadi pukul 12 eksaited lari naik atas nk tengok bunga api. aku pun x tau la sampai bila aku nk eksaited tengok benda tu. hakhak.
tadi jugak tengok kat tv pasal one direction pastu eksaited dok sengeh depan tv. ooo yes. aku suka one direction and i dun careeeee!! kutuk laaa kutuk laaaa. puii!

eh ok bye la.
happy new year peeps!
taknak cakap ayat '2015, be good to me' sebab tadi kat twitter mohon clash kata kat orang orang yang buat wish camni ---> '2015 okey je, tapi kau yang bangang'
haaa kan kena skali. so sila jangan kasi wish camtu! sila terasa
haha ok tatassss!



Monday, April 8, 2013


tak kena, tak tahu.
kalau kena, sangat tahu.
nak kena? tak sanggup nak tahu.
dah kena? seksanya diri sajalah yang tahu.



pressure 4000 kPa. keliling.

orang tak paham.
and i'm not blaming them for that.
everytime jumpa orang mesti kena tanya 'bila habis blaja'?
and i was like ....... silent. senyum. sengeh. n jawab 'tak tau'.
and they replied me 'haa tak tau?' muke konfius. dalam hati macam cakap 'eyh budak ni blaja sendiri pun tak tau ke habes bile. fail banyak paper ke hape'

Ya Allah. Allah je la yang tau stress nye bile soalan tu ditanya banyak kali gile. and make it worst when me myself dunno the answer!

when you further your study, u got two choices. whether to go research line or coursework line.
and aku pilih research. because i'm a chemist and i want to be a chemist.

buat research bukan buat ari ni, campur campur barang n meletop then terus done! jadi! NO!
buat research in reality is datang lab-campur campur barang-tungguuuuuuuuuu n tungguuuuuu-tungguuuu n tungguuu lagi- then tengook result = tak jadi.

yes itu hidup sebenar. itu hidup buat research. itu hidup aku selama setahun lebih ni n now its almost 2 years dah pun.
orang senang cakap. alaaa pegi lab buat buat, asal dapat result okey la. pastu discuss. FAT!
cakap senang. cube buat. tengok korang tahan ke tak.
but this is my passion. aku suke. aku minat.

nak habes kan master ni bukan sekejap.. ko dah dapat result pastu dah. tak.

kena buat paper. kena accepted at least one (which is susah!). kena tulis thesis n submit. kena viva. kena correction. then baru ko boleh berangan nak naik pentas pakai jubah amek scroll.

ada orang cakap kat aku 'tu la kalau buat master tak payah buat research patutnye. susah. lama'.
n u know what? i hate this damn statement! FAT!
kau tak suke dah. tak payah nak saiko aku cakap macam tu. cakap macam aku dah buat decision paling bodoh sebab amek research for master.
kau boleh cakap sebab kau tak tau apa rasa masuk lab. kau tak rasa macam mana puas nye bile buat labwork n dapat apa yang kita expect. kau tak rasa.
and sebab kau tak rasa semua ni la kau boleh cakap kat aku 'jangan ambik research kalau master'.
kau cakap macam tu sebab kau tau benda ni susah. and kau taknak susah.
kalau benda senang, semua orang pun buat, dah takde exclusive nya ape yang kau buat tu.
kalau tak susah bukan belajar namanya.
aku la rasa macam tu. tak tau la pulak kalau kau rasa belajar kena senang je. mudah. pffftttt~

dah dapat result. buat paper. buat paper elok elok. then submit kat publisher, rejected.
perasaan tengok perkataan rejected macam kena toreh dgn pisau. darah macam berhenti mengalir jap.
sedih. sedih yang hamat.
sekali takpe.
dua kali takpe. cuba lagi.
tiga kali. takpe la. edit lagi. lagi. n lagi.
buat benda ni takde la boleh buat sampai nangis. sebab diri sendiri still kuat nak pikir positif.
tapi pressure dari orang keliling.
- soklan yg same, soklan copy paste sume kasi.
- reaction yg korang kasi bile dengar jawapan aku.
- n feedback ayat ayat longkang tak membina korang.
itu sebenarnya yang kasi pressure kat aku. tolong la paham. depan korang memang aku sengeh. nampak cool.
tapi bile blakang. rasa macam nak menangis tau! dengan keje yang tak jadi. dengan paper kena edit tah bebile dorg nak accept. dengan kena reject. edit. reject. edit. reject.

FAT!
nak nangis. korang diam lagi bagus! cakap kalau tak membina lebih baik pegi cakap dengan pokok!

ade tu tanye.
'dah phd dah? master lagi??'
sekali takpe.
dua kali takpe.
tiga kali takpe.
tapi dah kalau setiap kali jumpa soalan macam tu kau kasi, tak ke aku rasa nak buat bodoh je. anggap tak dengar. buat tak tau, jalan. kang cakap biadap lak.

ingat buat research macam makan chewing gum keeee??!!

aku tak blame dorang sebab tak faham ape beza research and coursework.
tapi aku blame dorang sebab takde sifat nak jaga hati orang bila cakap and kasi komen. kasi support kan boleh. ape la salahnye.

*sigh





Tuesday, August 14, 2012

pandangan kenit semata ;)


perempuan berusaha nak ngorat lelaki?
tak salah.
lelaki berusaha nak amek hati perempuan?
lagi tak salah.

boleh. tak ada siapa cakap benda tu salah.
memang lumrah manusia kan nak ada rasa suka. rasa tertarik. rasa minat.
so manusia ni akan cuba untuk dapat kan apa yang dia nak.

tapi kena ingat.
bila nak amek hati atau dalam ayat moden nye nak 'mengorat; dan 'mengayat' sorang lelaki atau perempuan tu, kenalah ada jugak caranya.
bukannya main redahhhhh je!

lagi lagi bila orang yang di target tu dah masuk dalam area umur yang matang dan cukup besar.
kena ingat, dorang bukanlah budak kecik yang korang boleh bodek dengan hanya menunjukkan perhatian yang TERlebih.
kalau concern sikit sikit, cecomel mungkin orang yg d target akan rasa 'alahai... boleh tahan sweet jugak lah die ni'. MUNGKIN yeh!
tapi kalau dah concern nye berlebih lebih sangat. sampai boleh masuk kategori ala ala stalker, tak ke menyeramkan tu?

pantang nampak sikit, tegur.
pantang dapat balasan n respon sikit, hamboiiiii makin menjadi jadi!
pantang ada masa kosong, di buat ayat ayat yang berunsur kiasan.

ketahuilah, tak semua manusia blur.
majoriti sangat lah peka, bukan PEKAK.
bukan dorang tak tau kalau semua ayat ayat kiasan tu ditujukan kat mereka.
dorang tau sangat!

sikit sikit, awal awal, mungkin dorang boleh layan, boleh anggap macam kawan.
tapi kalau dah sampai setiap kali nampak je nak ditegur, manusia mana yang tak rimas oiiii?
dari rasa biasa pun boleh jadi takut, seram.
rasa diri dorang sangat diintip.
bayang kalau korang yang di tempat dorang, rimas kan?

dah kalau orang sekeliling tengok pun naik menyampah, inikan pulak tuan punya badan tu.
sila ada common sense dalam diri anda.
pikir logik, bukan main tarammmm je semua!

so, kalo iye pun nak mengayat, slow slow laa..
kenal kenal dulu, kawan kasi rapat..
kasi die nampak buruk baik kita, kasi dorang terima diri kita.
lepas sume dah ok, kalau nak buat ayat satu taman bunga pun takpa.
ini tak, gelojoh yang hamat.
daripada at least ada sikit chance, terus tak ada!
haaaa nak? nak cenggitu?
behave okey. BEHAVE!





*sekadar pemerhati ;)


Monday, August 6, 2012

human. fact.


sedangkan binaan simen tegap boleh condong,
inikan pula pegangan hidup manusia.
sedangkan lelaki sasa boleh mengalirkan airmata,
inikan pula wanita selembut sutera.
sedangkan si kacak boleh cintakan si buta,
inikan pula mereka dua yang sempurna.
sedangkan si muda boleh bermatian untuk si tua,
inikan pula insan yang sama.
sedangkan titisan air boleh menghakis bata,
inikan pula kerasnya hati mereka dua.

bila lihat tasik. tenang.
padahal buaya bertaring menanti di dalam.
bila lihat buku. tebal.
padahal hanya lampiran kosong di dalam.
bila lihat wajah. biasa.
padahal hati berperang perasaan di dalam.
bila lihat tingkah. selamba.
padahal jiwa tercarik carik pedih di dalam.

saat berdetik.
masa berjalan.

aku rindu dia.
dia yang dulu.
dia yang kosong.

aku rindu aku.
aku yang dulu.
aku yang kosong.






*random thought* ;D

Tuesday, July 24, 2012

mudah :)



kata hati sangsi. kata hati kosong.
apa nak? apa mahu?
kalau nak, bilang saja.
orang endah? biarkan.
hasrat hati sampai. hati puas.
makan kenyang, tidur nyenyak.
mudah.


boleh?


jika benar cinta perlu dicari, 
beri aku simpang untuk elak lubang di jalanan.
beri aku teropong untuk lihat ke simpang hadapan.
supaya cinta aku pasti. tiada sangsi.
tiada timbunan tar ganti.



Sunday, May 6, 2012


Ya Allah, Kau redhakanlah hati ku ini menerima ketentuanMu. =_=


Friday, May 4, 2012

this. is. nice.



"but if you are the one for me, demi Allah saya akan jaga awak, saya akan lindungi awak dan saya akan berikan yang terbaik untuk awak. Saaya tak mintak banyak. cuma sedikit sahaja ruang dalam hati awak setelah awak serahkannya pada Allah dan Rasul-Nya."

"i'm not good at sweet talking. but i can assure you that i'm a man of my words. i don't break promises and i don't go around breaking people's heart."

"if you marry me, i can't guarantee you paradise. but i can ascertain you that we'll work together towards it. 'cause if you're willing to walk with me, i'd be more more than willing to guide you insya-Allah"




ps: I just can't stop reading all these words. speechless~
pss: pls, i wish for a good man in my future..
psss: best gileeee novel neh!!
pssss: i've told you before rite, do read JS novel.. it helps! :)

till then, bye!




Saturday, February 25, 2012


'love story, lets make it history'


ok? :P




p/s: guess what song? ;)


Thursday, February 23, 2012


i hate being an adult, i hate being above 18 where i need to think and decide everything by myself.
i'm not prepare for that yet!


Monday, February 20, 2012





:P



Friday, February 10, 2012

WARRRRRR!!!



LASERTAG BEST WEYHHHHH!!!!

haaa ngko, kemaen capslock ag kannn.. haha!
tapi siyes memang best..

kepada yang x tau pebendekealah nye lasertag tu, ia adalah satu permainan tembak2..
ala2 paintball gitteww~
tapi kekdah nye laen sikit..
die tembak gune laser n setiap orang pakai suite sebagai detector..
cool kan?


 *okeyhh semue muke dah nebes nebes neh.. tunggu turn nk berperangggg!! yeahhh!!*

*kemaen santaaaaiii lagi memasing menunggu*

kalau agak agak nak perasan james bond pon boleyyyy...
macam aku n da gang, kitorang amek 3 mission sekali..

1st mission : individual.. so ko tembak la sespe pun kawan ko yg nyemak2 lalu depan mata tuuu..
2nd mission : team.. bahagi group sesame gang korang.. ade 2 team..
3rd mission : ini maen ngan orang luar, gang lain.. kire nye mcm battle of the gang laa.. woahhhh!! :D

aku rase, siyesly 1st mission yang paling penaaaaaaaaaaaaaaaaat gile! sumpah!
sebab ko mcm main utk diri sendiri kan.. semua orang keliling musuh..
so mmg x boley nak benti langsung r.. no rest!
sepanjang 15 mins tu macam WARRRRRRR!!
abes je masa, berpeloh gilossss...

*ok first game agak loser, so abaikan! ahahha! i'm wolf!! :P*


2nd mission team ngan kengkawan sendiri lagi..
time bahagi kumpulan bebudak laki yg bahagi kan.. kitorang pompuan tetibe je kene terima..
chaitttt!! not fair!
konon nye konsep pembahagian dorang ialah 'conflict of interest'.. cukop glabah tak kengkawan aku?
ahaha! nak berkonsep bagai pulaaaakkk.. ok fine! terima je..
yang penting team aku menang yeh uolssss!!
GO GREEN!!! xD

 *okeyyy... here we go GREEN TEAM!! make them cryyyy!! haha.. n we WON! :P*

*ok booooring~ bye! haha! neh red team yg kalah :P* 

*bukti yang kukuh lagi jitu, haaa nampak skang who's the losehhhhh?? hak!*


haaa 3rd mission neh yg bebetul battle punye!
semangat kawan sgt penting okeyh dalam game neh.. bergabung, meletooopppp!!!
sebab kitorang semua, as 1 team kene battle ngan team sesape tah.. group laen laa..
so, mission nye kene kasi group sendiri menang! yeaaaahhhh!! :D
and da result ofkos la kitorang menang kannnnn.. huh! well u know us~ *blagak sambil angkat2 kening, silang tangan* :P

*yeahhhh!! bergabung! meletooopppp!! weeee~ WAR BEGIN!*

*ok bukti yehhhh!! kitorang menang! wuhuuuu!! XD*

 *girl power! penat gile tapi we're cool! :)*

*alahaaiii baru maen sikit pun pancit dah pak cik pak cik nehhh!! haha!* 

*while waiting for the next mission! lotehhhh!*


abes maen semua, kuar dari laser tag dah pukul 11..
so direct pegi mengeteh at d'kayu ampang..
borak n till den, pulangggg!!

*mengeteh tyme.. manisssss~*


ok kaki memang semestinya lenguh la kan..
dah ko berlari2 tak hengat mengejar orang dalam tuuu..
tapi pinggang pun sakit weyhhh!! cam lenguh jugak rase nak patah..
dah kemaen menonggeng nonggeng lagi aku kann nak kengkonon bajet spy..
pastu kemaen slideeee lagi aku tyme 3rd mission tuuu.. nak menang punye pasal :P
haaaa skali, balik umah  memang sedaaaap sangat la sume pun lenguh.. grrrr~

anyway, memang puas hati la maen bende tuu..
even 15 min je for every mission, tapi memang terbaek la peloh die.. tak hengatttt nye berkepam! haha!
abes je siap mengah mengah lagi.. hebattttt!! :P

so, pegi cuba okeyh this game..
very da best uolssss!! :D

till then, bye!




p/s: stress sebab gamba sume shaking.. abang tu la snap x betul! erghhhhh!! tapi x pe, still kitorang nampak cool kan kann kannnn?? ^_^





Wednesday, February 8, 2012

the reason why.... (:

gegodek gamba dalam koleksi phone..
tengok tengok balik gegamba neh, i realized that..
i cant live without all my gorgeous friends.. :P


enjoy da pics and u will know how precious they are :)

 *kitorang ade sesi meeting.. meeting perihal hidup memasing.. any prob, just spill it! ;)*

 *nak shopping bantal?? also can maaaa.. haha! mengidam makan anything? just say it! :P*

 *ok i'm totally touched with this! dorang datang rumah mintak permission mak ayah on my behalf tuk hangout bersama.. cool aite? speechless ="(*

 *vacation!!! the best part ever! next plssss!! (:*

 *any programme? we are the organizer team! yg penting meeting! haha! every sem break must have that awesome activity.. cool enuf??*

 *buka puasa bersama.. melantak memang no 1! just say it confirm ON! ;p*

*we always there when anybody need it.. moral support yg penting! sweet kan kan kannn?* 

 *even wani is not around , we always here :) what frens for aite? :))*

 *as i said before, panggil makan konpom datang! haha! :P*

 *nak beli barang kolej? punnnn nak sesame.. cool! baru rase kehidupan sebagai pelajar.. ye dokkk? ahaks! *

 *baru kenal is not a problem at all! once u're fren with my fren, then u will be counted as my fren too! nice to meet u dior! *

 *what frens for kan? kakak aiman yg kawen, tapi gaye dah macam si aiman neh pulak yg kawen! huru hara! :D*

*dengan siapa lagi nak buat keje gile n prasan diva? mestilah dengan kengkawan sendiri, iye dokk?? XD*


ini je gambar yg terperasan, kalo ade nnt update later okeyh!

kitorang chomey kannnn??
whatever it is, we are still friends!
any complaints? will not be entertained. thank you :)

so, u got me?

aku neh jenis yg straight je..
muke jujur gitteww~ haks!
so pe yang kau nampak, memang itulah yg aku rase..
yes i'm that transparent!
puas hati?

memang kalau orang tengok, confirm aku kalah majority..
mesti samua cakap aku yg jahat, aku yg blagak n aku jgk la yg carik pasal..
senang cite segale sifat sifat mazmumah je kasi kat aku..
huh! booooring~

tapi sukati orang nak cakap pe, yang aku tau aku malas nak layan..
aku bukan jenis hipokrit.. cewahhhh!! haks!
memang la bukan 100%, ikut situasi jugak la bile mase nye aku kene blakon sikit tu, wajib la aku tunjuk bakat kan :P

ok back to da story..
aku x suka orang bile blakang cerite banyakkk pasal aku.. ade je x puas ati.. tapi bile dah depan mate, alahaiii ngkoooo.. naik kematu badan model aku neh tengok, kemaen baikkkkk nye kan.. mencik hokeyhhh!

fine memang la tak baik kalo nak tunjuk sangat kau benci aku kan, tapi jangan la nampak sangat ko blakon nak bebaik.. aku tau dalam hati kau tu mesti dah ngumpat2 aku kan? *elellelelee x nk ngaku lettewww~ haha!*
huh! kalau x suke tu, ko diam je pun x pe.. aku x kesah pun kau nak tego aku ke tak.. tak kempunan pun tau!
tak payah nak tunjuk baik semata mata nak orang laen tengok kau hebat!
muntah hijauuuu!!

so, jangan nak pertikaikan lagi lepas neh kenape aku sombong, nape aku blagak..
sebab aku jadi macam ni pun semua sebab kau..

so, instead of thinking why i'm not friendly with u, u better analyze why am i acting soooo cold only towards u but not others.. got me?

gooooood!

ok bye!

'before asking someone why they hate you, ask yourself why you really even care'
-twitter



*peace no war!* 

XD

Sunday, February 5, 2012

JS jom!

hyeee!!

penah baca novel jemari seni?
ok itu bukan tajuk novel okeyh! itu adalah publisher nya, harap maklom :P

nak share sikit neh, aku memang suka baca nenovel yg dikeluar kan oleh jemari seni neh..
orang slalu panggil JS je.. syiokk tau!
bukan nya baru aku stat baca nenovel dorang neh, tapi since 1st sem degree lagi, means back in 2008..

what makes their novels interesting?
sebab aku suke cara jalan cerita nya..
majority novel JS neh sangat berunsur kan islamic..
dorang banyak menunjukkan penghijrahan manusia dari yg tak berapa nak senonoh ke yang senonoh..

memang menarik cerita nya..
dorang x tunjuk perubahan yg drastik..
die sikit sikit buat orang tu sedar.. and pada masa yg sama jgk buat aku yg pembaca neh pun belajar, berfikir and bermuhasabah diri..
sangat bagus kan?

tu la orang cakap, x semestinya kita nak belajar kene ke kelas semua..
sekarang dengan novel pun kita boleyh belajar pasal agama, pasal Islam..
nice kan?

kalau dulu memang favaourite publisher konfem Alaf21 and Creative..
tapi since 2008, selera ahkak dah berubah ke JS..
*tapi baru sekarang aku nak promote kannn~ haha! :P*

anyway, go grab one and try to read it..
u won't regret :)

try bebuku bawah ni, memang best! :)
- semua Hlovate nye buku! ulang suare SEMUA okeyh!
- quartet
- jaja & din
- ikhlas, A.K!

ini je la yg ingat stakat neh, pape update baru, ahkak inform uolsss ok noksss!
enjoy ur reading!! XD






p/s: setiap kali bace buku camni, aku mesti rasa nak carik suami n laki yang baik baik je! sumpah! gatal kan? sangat sejuk hati tau~ :P

the truth is...

the truth is,

i'm hurt enough,

dunno where to spill this,

just hope my memory will lost by tomorrow.

can i?

*i wish*

kenapa?

kenapa perlu stress?

kalau kau sendiri yang cari masalah tu?

*thinking*